HomeEntertainmentSarat 'Usung' Perut Lagi 2 Bulan Nak Bersalin, Aksi Wanita Kecil Molek...

Sarat ‘Usung’ Perut Lagi 2 Bulan Nak Bersalin, Aksi Wanita Kecil Molek Ini Dapat 11M Views

Cover image via
@buyahhh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan saja pengorbanan membawa anak di dalam perut selama sembilan bulan, malah mereka juga terpaksa menghadapi pelbagai alahan demi menghadiahkan zuriat buat suami.

Oleh itu, para suami haruslah menghargai pengorbanan isteri dengan menggembirakan mereka. Kadangkala, hanya dengan membawa keluar berjalan-jalan saja sudah mampu membuatkan hati mereka berbunga-bunga.

Sama seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila aksi seorang wanita kecil molek mengusung perutnya di dalam shopping mall telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @buyahhh, kelihatan dia dan suaminya sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah.

Hanya dengan membaca kapsyennya, kita sudah tahu betapa gembiranya hati seorang isteri apabila si suami membawanya berjalan-jalan dan shopping sebelum menunggu hari untuk melahirkan anak mereka.

Terdahulu, pasangan ini pernah viral di TikTok semasa mereka baru berkahwin kerana saiz badan wanita itu yang kecil molek telah menjadi tumpuan para netizen.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah berjaya meraih 11.8M views, 702.1K likes serta 7.2K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan semoga urusan bersalin wanita comel itu dipermudahkan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News