Cover image via
@ms_nia0203 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan setakat permainan teng-teng, banyak lagi permainan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain yang boleh dijadikan hiburan bersama rakan-rakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak lelaki syok bercerita kepada mak ciknya yang dia bermain ‘pundi kencing’ bersama rakan dan gurunya di sekolah itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang sakan bercerita tentang hari persekolahan kepada mak ciknya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia bercerita kepada mak ciknya yang dia bermain ‘pundi kencing’ dengan rakan-rakan di sekolah. Dia dilihat siap menceritakan cara bermain dengan membaling ‘pundi kencing’ itu ke atas.
Ibunya berkali-kali menanyakan sama ada permainan yang disebut itu betul atau tidak. Namun, dia tetap yakin bahawa dia bermain ‘pundi kencing’. Rupa-rupanya permainan yang disebutkan tadi itu ialah pundi kacang.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 884K tontonan, 71K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: