Cover image via
@akudeswa (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika insiden tersebut melibatkan makanan dan berlaku semasa sedang lapar, sudah semestinya ia akan menghilangkan mood kita.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila berlaku satu insiden yang tidak diingini semasa dia ingin makan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @akudeswa, kelihatan dia sedang berada di sebuah kedai makan untuk menikmati semangkuk bakso.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia ingin menuang sedikit kicap ke dalam kuah bakso itu, botol kicap tersebut tiba-tiba terbuka luas kerana penutupnya longgar.
Maka, habis tumpah satu botol kicap dalam mangkuk bakso itu dan membuatkan lelaki berkenaan terkedu tidak tahu nak buat apa. Akhirnya, dia terpaksa makan juga bakso itu sehingga habis kerana tidak mahu membazir.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 22.1M views, 1.9M likes serta 80.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: