HomeEntertainmentTerhibur Tengok Gelagat Atuk Cuba Nak Sweet Dengan Bini, Ada Yang Suruh...

Terhibur Tengok Gelagat Atuk Cuba Nak Sweet Dengan Bini, Ada Yang Suruh Buka Kelas Tuisyen

Cover image via
@instaartsfilzah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, takkan nak bersweet-sweet masa bercinta time muda je kan? Mestilah kena kekalkan layanan istimewa kepada pasangan. Baru happy till jannah gitu.

Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang atuk cuba bermanja dengan isterinya telah mencuri perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@instaartsfilzah

hahahahah .. aku tak boleh la mak ayah ni niat nak tangkap gambar je..alang-alang record terus ##fyp ##orglama

original sound – chibi maruko

Menerusi video yang dimuat naik oleh @instaartsfilzah, kelihatan ayahnya sedang menyakat ibunya sambil memberikan kata-kata puitis.

Ayahnya juga siap menyanyi dan cuba bergurau manja dengan si ibu, namun ditolak kerana segan dilihat menantu. Akhirnya mereka berdua sama-sama tergelak.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 198K views, 25.6K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah kedua-dua orang tua itu. Malah, ada yang meminta ayah wanita tersebut membuka kelas tuisyen khas untuk para suami menuntut ilmu bergurau dengan isteri.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News