Cover image via
@koshiiyoshii (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, ada institusi yang masih melakukan pembelajaran secara online kerana takut akan wabak Covid-19 ini.
Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat sekumpulan pelajar ketika mengikuti kelas online telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sedang berlangsung kelas pembelajaran secara online oleh sekumpulan pelajar.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah lecturer mereka terlupa bahawa hari itu adalah hari Jumaat sehingga membuatkan dia mengajar terlebih masa.
Perkara itu membuatkan pelajar lelaki di dalam kelas berkenaan secara perlahan-lahan memberikan ‘hint’ kepada lecturer mereka dengan memakai songkok secara beramai-ramai.
Semantara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat kumpulan pelajar tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 233.4K views, 21.9K likes dan 41 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: