HomeEntertainment Ingatkan Tak Suka, Rupa-Rupanya Pemuda Ini Seronok Dapat Hadiah Tilam Hello...

[VIDEO] Ingatkan Tak Suka, Rupa-Rupanya Pemuda Ini Seronok Dapat Hadiah Tilam Hello Kitty

Cover image via
@beyoutipul__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak lelaki pula lebih gemarkan kartun seperti Naruto atau pun seangkatan dengannya. Tambahan pula barangan berwarna pink. Memang jarang kita lihat orang lelaki suka dengan warna tersebut.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang gelagat seorang pemuda mendapat tilam Hello Kitty berwarna pink telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @beyoutipul__, kelihatan pemuda itu didenda oleh kawan rumah sewanya kerana dia masuk lambat.

Disebabkan itu, mereka sengaja membelikannya tilam Hello Kitty berwarna pink sebagai tanda untuk mengenakannya.

Tetapi, mereka tidak menyangka pemuda itu suka dengan tilam yang diberikan kepadanya. Dia dilihat siap melompat-lompat dan baring di atas tilam tersebut.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 507.8K views, 60.2K likes dan 525 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan pemuda itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News