HomeEntertainmentViral Video Lelaki Marah Kereta Dilanggar, Siap Rampas Beg Ambil IC Takut...

Viral Video Lelaki Marah Kereta Dilanggar, Siap Rampas Beg Ambil IC Takut Pemandu Lari

Cover image via
@zairulnaimeft (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala bukan salah kita, tetapi salah orang di depan atau belakang kita betul tak? Jadi, kita pun terlibat sekali. Sudah tentu timbul perasaan marah dan kecewa selepas melihat kereta kesayangan kita kemek dilanggar orang.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang bengang selepas keretanya dilanggar oleh seorang pemandu wanita telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zairulnaimeft

Jika menggalami kemalaggan.jgn jadi mcm ni bodoh..call kami kami bleh uruskan.##EFT RESCUE TEAM##claim advisor.

original sound – INCAS [email protected]/VISOR LDT TEAM

Menerusi video perkongsian tersebut, akaun yang dikenali sebagai @zairulnaimft itu memberitahu agar tidak melakukan perkara seperti ini jika berlaku kemalangan.

Kelihatan berlaku satu insiden kemalangan di salah sebuah lebuh raya antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki berkenaan bertindak di luar jangkaan dengan merampas beg pemandu wanita tersebut kerana takut dia mencabut lari selepas insiden itu.

Malah, lelaki itu siap memberitahu untuk mengikutnya ke balai polis dengan segera untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Perkara itu membuatkan wanita tersebut terkejut dan meminta agar begnya dikembalikan semula, tetapi ia tidak diendahkan oleh lelaki itu.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut kerana mengambil kad pengenalan orang sesuka hati.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 23.0K views, 744 likes dan 294 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News