HomeEntertainment Rakaman Live Di Stadium Bola Viral Gara-Gara 'Kelibat' Gadis JDT Ini...

[VIDEO] Rakaman Live Di Stadium Bola Viral Gara-Gara ‘Kelibat’ Gadis JDT Ini Betulkan Mask

Cover image via
@aiman_az9 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah tentunya penyokong JDT baik di stadium mahu pun di rumah amat gembira dan berbangga dengan kemenangan tersebut.

Namun, ada pula insiden lain yang terjadi di dalam stadium tersebut apabila seorang gadis telah mencuri tumpuan para lelaki di tempat duduk dan tular di laman TikTok.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh oengguna bernama @aiman_az9, kelihatan rakaman secara langsung di kamera sedang tertumpu kepada salah satu bahagian tempat duduk di dalam stadium yang dipenuhi dengan penyokong JDT.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila seorang gadis berbaju dan bertudung putih dilihat sedang membetulkan face masknya.

Lebih menarik lagi, dia sempat terpandang ke arah kamera dan tanpa disedari, seorang pemuda berbaju merah dikatakan terpana melihat wajah gadis itu.

Ternyata, rakaman live berkenaan telah berjaya menarik perhatian para warganet sehingga kini meraih 1.5M tontonan, 111.6K tanda suka dan 977 perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut mencari siapakah gerangan gadis itu dan tidak menafikan dia seorang yang cantik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News