HomeEntertainmentHampir Berlanggar Sebab Masuk Lorong Salah, Kereta Institut Memandu Ini Cetus Kemarahan

Hampir Berlanggar Sebab Masuk Lorong Salah, Kereta Institut Memandu Ini Cetus Kemarahan

Cover image via
Asal Gombak (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rasa berdegup-degup jantung ini. Iyalah, pertama kali nak memandu kan. Ujian memandu adalah sangat penting buat diri kita sebagai pengetahuan ketika memandu di atas jalan raya. Kebiasaannya pasti akan ada cikgu duduk di sebelah untuk memerhatikan kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Facebook ini apabila pemanduan sebuah kereta institut memandu telah mencetuskan kemarahan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan klip video itu dipercayai dirakam daripada sebuah dashcam pemilik kenderaan yang sedang memandu di jalan.

Namun, secara tiba-tiba muncul sebuah kenderaan institut memandu yang datang dari arah bertentangan menyebabkan dia terpaksa berhenti secara mengejut.

Insiden itu membuatkan dia terkejut dan terus membunyikan hon bagi mengelakkan daripada sebarang pelanggaran. Sedar akan kelalaiannya, kenderaan jenis Perodua Axia itu terus memasuki semula ke dalam lorong asalnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 224 likes, 70 comments dan 49 shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

More stories to read:

Must Read

Related News