HomeEntertainment"Naik 10 Sen Hingga 45 Sen" - Ini Senarai Harga Baru Produk...

“Naik 10 Sen Hingga 45 Sen” – Ini Senarai Harga Baru Produk Roti Gardenia Mulai 1 Disember

Cover image via
Harian Metro
& Barangan Muslim

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran sudah cukup membimbangkan, kini pengeluar roti tempatan Gardenia pula dilihat akan menaikkan harga roti mereka mulai 1 Disember 2021.

Pengguna di Semenanjung Malaysia bakal terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk produk berasaskan roti keluaran Gardenia.

Antara harga baharu lain bagi produk Gardenia ialah Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.

Hasil tinjauan di ruangan reply di ciapan @twt_bajet, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan turut mengkritik harga baharu itu serta mengeluh menerima hakikat bahawa mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian mereka.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu kini telah meraih lebih 4.7K retweets, 3.3K likes dan 1.7K quote tweets di Twitter.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:

You may be interested in:

Must Read

Related News