
IPOH: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tiba Istana Kinta jam 9.45 tadi bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Difahamkan, Zahid akan menyembah maklum hasil perbincangan dan mesyuarat khas Umno negeri yang berlangsung di Bangunan Umno Perak malam tadi.
Mesyuarat khas Umno Perak itu dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi Umno dari Perak, ketua bahagian serta 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Bagaimanapun tiada sebarang maklum balas diberikan oleh pemimpin Umno Perak kepada media selepas mesyuarat yang berlangsung selama tiga jam itu tamat.
Semalam tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi diperkenan menghadap Sultan Perak diikuti Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad selepas itu.



