Cover image via
@amur360 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anda perlu memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti parkour. Hal ini disebabkan anda perlu melompat dari satu tempat ke tempat yang lain di bangunan yang tinggi.
Namun, baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang pemuda Arab selamba melompat seperti sedang melakukan aktiviti parkour telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa orang pemuda Arab sedang mencari jalan untuk ke masjid seberang.
Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila salah seorang daripadanya dilihat melompat daripada runtuhan bangunan yang tinggi itu dengan bersahaja. Dia juga melompat dalam keadaan memakai jubah.
Situasi itu membuatkan ramai orang di situ terkejut kerana ketinggian bangunan itu sangat tinggi. Perkara itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 133K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan terkejut dengan gelagat pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: