Cover image via
@fatinrehanna (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, kerana semuanya kini menggunakan bayaran secara cashless untuk lebih memudahkan. Malah, Touch ‘n Go juga boleh digunakan di banyak tempat selain jalan yang mempunyai tol.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi jam tangan Touch ‘n Go miliknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memandu untuk menuju ke tempat tidak diketahui lokasinya.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah semasa dia melalui lorong pembayaran Touch ‘n Go, dia hanya membayar menggunakan jam tangannya saja.
Videonya itu ternyata mendapat perhatian ramai dan ada pula yang tidak mempercayainya sehingga dia terpaksa membuktikan perkara itu.
Difahamkan, jam tangan itu pernah dikeluarkan pada tahun 2016, namun tidak mendapat sambutan begitu hangat.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 65.1K likes dan 1,186 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: