Baby Baru Lahir Bagi Jelingan ‘Maut’ Bila Dengar Member Sebelah Nangis Buat Ramai Terhibur

0
360

Cover image via
@aliaaaaamn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, sudah tentu para ibu tidak sabar mahu melihat bagaimana rupa anak mereka bukan? Bukan itu saja, bak kata orang, bayi yang baru lahir juga mempunyai bau syurga yang membuatkan sakit bertarung nyawa hilang.

Namun, lain pula dengan situasi seorang wanita ini apabila dia mendapat rakaman reaksi muka spontan bayinya yang baru saja lahir telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aliaaaaamn

Baru je tengok dunia, membe sebelah bising pulak. Hahahah. Garang betul ko ni dik, ikut mummy ke ##fyp ##fypdongggggggg ##fyp

Oh No – Kreepa

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aliaaaaamn, kelihatan dia sedang merakam muka bayinya yang baru lahir itu. Muka bayi yang comel itu masih kemerah-merahan. Betul-betul ‘fresh from oven’.

Tetapi, apa yang mencuit hati adalah apabila anaknya itu terdengar bayi katil sebelah menangis dengan kuat telah membuat reaksi muka yang tidak terjangka.

Anaknya dilihat sempat memberikan jelingan maut kepada kawan sebelah menunjukkan tanda dia tidak selesa dan seolah-olah ingin memarahi bayi di katil sebelah itu.

Video berkenaan ternyata mencuit hati ramai sehingga mendapat 1.1M views, 173.8K likes dan 2.9K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen meletakkan dialog bayi itu kononnya apa yang dia cuba katakan melalui ekspresi mukanya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: