Cover image via
@fatin_2411 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jarang kita lihat anak-anak lebih memilih untuk melekat dengan ayah sepanjang masa kerana mereka selalunya lebih sibuk dengan kerja.
Namun, lain pula dengan sebuah video ini apabila gelagat seorang lelaki membebel kepada anaknya kerana sentiasa ingin melekat 24 jam telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @fatin_2411, kelihatan anaknya itu meminta si ayah untuk mendukungnya.
Jika dilihat dari gaya si kecil itu, dia memang manja dengan ayahnya sehingga si ayah naik pening memikirkan kenapa semua anak-anak ingin melekat dengannya saja dan bukan dengan ibu mereka.
Apa yang menghiburkan, dia tidak henti-henti membebel menyuruh anaknya pergi dekat ibunya pula kerana si ibu yang penat lelah melahirkannya. Tetapi, si kecil itu sempat melawan dan tetap ingin babanya juga.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.4M tontonan, 104.1K tanda suka serta 5.2K perkongsian di laman TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu. Malah, ada yang dapat relate dengan situasi itu juga kerana anak-anak lebih suka menempel dengan ayah berbanding ibu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: