HomeEntertainment BN Menang Besar Dalam PRN Melaka, Dapat 2/3 Majoriti Kerusi Untuk...

[TERKINI] BN Menang Besar Dalam PRN Melaka, Dapat 2/3 Majoriti Kerusi Untuk Tubuh Kerajaan

Cover image via
Free Malaysia Today
& Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada 9.42 malam di Menara Persekutuan.

BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Melaka setakat ini.

Antara kerusi DUN yang dimenangi oleh BN adalah seperti berikut:

– Taboh Naning

– Ayer Limau

– Tanjung Bidara

– Lendu

– Merlimau

– Durian Tunggal

– Duyong

– Rembia

– Asahan

– Kuala Linggi

– Kelebang

– Telok Mas

– Sungai Rambai

– Gadek

– Pantai Kundor

– Machap Jaya

– Rim

– Serkam

– Ayer Molek

– Paya Rumput

– Pengkalan Batu

Keputusan itu menyaksikan BN menambah lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dipercayai majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Istana Melaka pada pukul 1 petang esok.

Sebagai rekod, Sulaiman sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika BN berjaya mendapat mandat kerajaan negeri.

Dengan kemenangan dua pertiga itu BN bukan sahaja akan membentuk kerajaan tetapi juga berupaya meminda perlembagaan negeri termasuk memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

You may be interested in:

Must Read

Related News