HomeEntertainmentBaru Nak Sedih Ucap Selamat Jalan, Tapi Kakak Pula Tak Sengaja Buat...

Baru Nak Sedih Ucap Selamat Jalan, Tapi Kakak Pula Tak Sengaja Buat Situasi Jadi Kelakar

Cover image via
@Amirahathrhh (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai yang tidak sabar kan? Iyalah, selepas satu tahun lebih ditangguhkan akhirnya mereka membenarkan kembali pelancong luar dengan syarat yang ketat.

Situasi itu sama seperti video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis berkongsi perjalanan umrah kakaknya yang bertukar menjadi insiden lucu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita dan seorang lelaki sedang berada di KLIA. Difahamkan, mereka berdua ingin pergi untuk menunaikan umrah.

Namun, semasa adiknya sibuk merakam dan mengucapkan selamat tinggal, wanita itu dengan tidak sengaja terlepas beg tariknya hingga terjatuh turun dari eskalator.

Situasi membuatkan keluarga wanita itu tergelak kerana tidak tahan dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 195.6K views, 7,427 retweets dan 15K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

You may be interested in:

Must Read

Related News