Cover image via
@kylietot21 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka hanya mengharapkan secebis wang ringgit untuk mengalas perut yang lapar. Lebih kasihan lagi jika ada yang membawa anak bersama mereka ketika meminta sedekah.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman pengemis wanita yang meminta sedekah di tepi kereta seorang lelaki telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kylietot21, kelihatan pengemis wanita itu sedang mengetuk tingkap keretanya untuk meminta sedekah.
Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila wajahnya yang cantik menjadi fenomena di ruangan komen.
Ramai mengatakan mukanya sangat cantik dan boleh menjadi model antarabangsa.
Rata-rata netizen memuji kecantikan pengemis wanita itu sehingga ada yang risau akan keselamatannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: