Cover image via
@hilmizln (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memang tak dinafikan, mesti ada perasaan malu kan? Iyalah, punyalah ramai orang boleh pula baju dia tersama dengan kita ya. Dah nampak macam ‘kembar’ dekat situ.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki tanpa segan bergambar dengan orang yang memakai baju corak sama dengannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang beratur bersama rakannya untuk menaiki Skycab di Langkawi.
Namun, semasa sedang menunggu dia kemudian ternampak seseorang yang memakai baju corak sama dengannya. Kejadian itu membuatkan dia pada awalnya merasa malu kerana diusik rakannya.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia selepas itu dengan beraninya menegur orang itu dan mengajak untuk menangkap gambar bersama buat kenangan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 741.7K views, 60.8K likes dan 1,319 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: