Cover image via
@ain_jeman (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang sanggup menyimpan duit bertahun-tahun demi memiliki kenderaan milik sendiri. Mesti sayang kan, tambahan lagi jika ia merupakan kereta pertama.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi kisah sedihnya selepas menghantar keretanya di salah sebuah bengkel telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, seorang gadis menceritakan momen sedihnya selepas dia menjumpainya keretanya. Difahamkan, pada awalnya dia menghantar keretanya di salah sebuah bengkel yang tidak dikenal pasti.
Namun, setiap kali dia memberitahu mekanik tersebut untuk datang dan lihat keretanya, mekanik itu memberikan pelbagai alasan seperti menghalangnya untuk datang ke situ.
Dia kemudian bernekad dan mengajak rakan-rakannya untuk pergi ke bengkel tersebut dan terkejut melihat keretanya habis tinggal rangka dikerjakan mekanik tidak bertangggungjawab itu.
Lihat video penuh penjelasan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai kejadian yang menimpa gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 708.9K views, 34.8K likes dan 3,488 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: