Cover image via
@kiasyah6 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antaranya adalah gelang tangan, rantai, gelang kaki dan subang telinga. Tetapi, ada juga yang tidak berani membawa anak mereka untuk menindik telinga kerana risau cedera atau anak menangis.
Berbeza pula dengan sebuah video ini apabila reaksi ayah kepada seorang kanak-kanak semasa membawanya untuk menindik telinga telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kiasyah6, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di sebuah kedai emas untuk menemani anak mereka menindik telinga.
Oleh kerana anak masih kecil, ibu dan ayahnya harus memegang kepalanya untuk memastikan dia duduk diam dan tidak meronta-ronta semasa ditindik.
Apa yang menghiburkan adalah, reaksi ayahnya yang dilihat cuak dan seperti berdebar-debar menunggu anaknya selesai ditindik telah membuatkan ramai ketawa.
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mendapat 725.3K views, 46.3K likes dan 1.1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi ayah si kecil itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: