HomeNEWSJangan sembur pewangi di 5 kawasan tubuh ini

Jangan sembur pewangi di 5 kawasan tubuh ini

Sudah menjadi rutin, pewangi adalah kelengkapan yang perlu dipakai setiap hari. (Gambar Rawpixel)

Memakai minyak wangi sering menjadi rutin harian kita. Selain aromanya yang wangi, ia turut menjadikan rasa nyaman dan segar. Namun, jika digunakan berlebihan, baunya yang kuat bukan hanya menjengkelkan orang sekeliling malah, kita sendiri turut tidak selesa.

Walau begitu, harus diketahui bahagian yang sepatutnya disembur pewangi. Malah, ada beberapa bahagian di tubuh yang tidak digalakkan dan harus dielakkan dari menyembur pewangi.

1. Mata

Tentunya, jangan disembur pewangi pada mata atau bahagian mata. Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi mengandungi bahan berupa kimia disebut ‘etil’, ada yang berkandungan 95 peratus sehingga boleh menyebabkan iritasi atau kerengsangan jika bersentuhan dengan kawasan sensitif seperti mata.

2. Rambut

Sifat rambut yang menyerap bau-bauan, menyebabkan ramai yang menyembur pewangi padanya. Namun, pewangi berdasar alkohol boleh mengering dan merosakkannya terutama jika disembur terus ke rambut.

Sebagai ganti, disarankan untuk menyembur pewangi ke sikat sebelum menyisir rambut. Cara lain ialah dengan menyembur ke hujung rambut dengan sangat lembut.

3. Tangan

Mengaplikasikan pewangi ke pergelangan tangan mungkin cara paling terkenal yang sering dilakukan. Namun, sebenarnya, pewangi jika terkena kulit tangan berpotensi menjadikan kulit kering dan mengelupas.

Malah, menyembur pewangi ke tangan agak bahaya jika tidak sengaja mengesat mata dengan tangan tersebut.

4. Ketiak

Menyembur pewangi pada ketiak berpotensi menyebabkan iritasi. Interaksi antara pewangi dan kelenjar peluh pada ketiak boleh menimbulkan rasa gatal dan perit.

5. Organ intim

Jangan menyembur pewangi pada kawasan intim kerana akan menyebabkan kulti kering. Menurut satu kajian perubatan, pewangi berpotensi menyebabkan iritasi pada bahagian vagina wanita serta menyebabkan radang, gatal dan rasa sakit.

Di mana perlu menyembur pewangi?

Titik terbaik untuk menyembur pewangi adalah pada titik nadi tubuh, tangan, bahagian dalam siku, leher dan belakang lutut.

Untuk pergelangan tangan, anda hanya perlu menempelkan krim pewangi bukan menggosok atau menyembur.

Bahagian nadi adalah kawasan panas pada tubuh dan menjadikan pewangi tahan lebih lama. Ia juga tidak akan mengiritasikan kulit sekiranya semburan dilakukan di bahagian tersebut.

Sekiranya ingin menyembur pada pakaian, pastikan jarak tidak terlalu dekat kerana bimbang akan merosakkan “material” pakaian tersebut atau meninggalkan tanda pada pakaian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News