Cover image via
@tengkuasmadi (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia sedikit sebanyak memberikan nafas baru dan kelegaan bagi rakyat kerana dapat menjalankan aktiviti harian seperti dulu.
Namun begitu, kita juga perlu bertanggungjawab menjaga keselamatan dan Standard Operation Procedure (SOP) sesama sendiri untuk memastikan kes Covid-19 terus menurun.
Begitu juga dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya menaiki Grab telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @tengkuasmadi, kelihatan lelaki itu merakam dirinya berada di dalam sebuah kereta Grab.
Apa yang mencuri tumpuan adalah kereta itu lengkap dibaluti dengan plastik dan pemandu itu siap menyediakan lubang khas untuk laluan penghawa dingin supaya penumpang tidak panas.
“Confuse aku naik Grab ke naik ambulance ni, haha siap ada lubang aircond,” katanya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat perhatian sehingga 1.3M views, 115.9K likes dan 6K shares di TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memuji tindakan pemandu Grab itu yang mengambil langkah berjaga-jaga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: