Cover image via
Twitter @Anne_mokhtar
Ketahuilah bahawa anak adalah harta yang paling berharga untuk setiap ibu bapa di dunia ini. Malah, saat mereka dilahirkan sudah memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat mereka.
Namun begitu, tidak semua orang mempunyai peluang untuk melihat anak membesar di depan mata, tidak sempat untuk melihat anak berjalan buat kali pertama, bercakap, berlari dan sebagainya.
Bukannya tidak mahu tapi tidak berdaya untuk menolak ketentuan Ilahi. Maka, membesarlah anak tanpa mengenali insan yang bergelar ibu atau bapa di sisi.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah mencecah tontonan sehingga 334.9 ribu orang dan mempunyai retweets sebanyak 22.5 ribu serta 28.5 ribu likes.
Bahasa:
“Abang saya meninggal dunia tiga tahun lalu semasa Adlina baru berusia dua tahun. Dia adalah anak ayah. Kehilangan abang sangat sukar buat kami sekeluarga. Hari ini Adlina melawat kubur ayahnya kerana dia merinduinya,” tulisnya.