Cover image via
Eskayvie Malaysia (Facebook)
& Utusan Malaysia
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri, pihaknya memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin.
Oleh itu, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan kini mengorak langkah dengan melancarkan produk vitamin terbarunya, Diffenz Junior.
Produk berkenaan khusus untuk golongan kanak kanak dan bertepatan dengan situasi pandemik semasa Covid-19 menuju endemik.
“Diffenz Junior menjadi inovasi terbaharu kami bagi membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik bagi kanak-kanak di musim pandemik ini.
“Dalam keadaan sekarang, sistem imun yang baik adalah sangat penting dan Eskayvie sentiasa berusaha memberikan sokongan diperlukan untuk setiap peringkat umur,” katanya.
Jelas Dr Syid Ayob lagi, tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang melakukan aktiviti riadah di luar rumah disebabkan pandemik, menyebabkan mereka cenderung mengalami sistem imun yang lemah.
“Dengan Diffenz Junior melengkapi keperluan itu, dirumus secara saintifik menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-camu, Kolostrum, Multivitamin, Vitamin C dan Vitamin D.
“Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semula jadi ini mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.
“Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini bukan saja untuk menyokong sistem imun, malah turut membantu tumbesaran anak dan seterusnya menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior ini, anda boleh saja layari laman web www.eskayvie.com atau di media sosial Facebook dan Instagram mereka.