Cover image via
@jiemrv (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, jika geng lelaki lepak beramai-ramai pasti salah seorang akan membawa pasangan untuk makan bersama bukan?
Tetapi, lain pula situasi dengan seorang pemuda ini apabila dia membawa insan istimewa ke kedai makan semasa sedang melepak bersama kawan-kawan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jiemrv, kelihatan dia sedang melepak di sebuah kedai makan bersama kawan-kawannya.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila seorang wanita dilihat sedang duduk di sebelah salah seorang pemuda di meja itu sambil menikmati makanannya.
Rupa-rupanya, wanita berkenaan merupakan mak kepada si perakam. Lebih menghiburkan lagi, semua kawan-kawannya dilihat senyap dan sopan sambil bermain game. Mungkin kerana takut untuk membuat bising kerana ada orang tua di situ.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 1.5M views, 243.5K likes dan 3.3K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat kecomelan mak pemuda itu yang sempoi melepak bersama kawan-kawannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: