Cover image via
@linabougas (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pasangan yang baru mendapat cahaya mata yang pertama, sudah tentu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjaga anak. Ibu dan ayah pasti akan saling bertolak ansur untuk menjaga secara bergilir.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat si ayah yang mengubah suai kereta mainan untuk anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan si ayah sedang bermain kereta control dengan anaknya di luar rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat mengubah suai kereta mainan itu supaya boleh membawa satu lagi car seat di belakangnya. Lebih melucukan lagi, dia dilihat meletakkan anaknya duduk di car seat sambil dia bermain dan mengawal kereta mainan itu.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si ayah. Malah, ramai yang ingin cuba duduk di tempat bayi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 338K tontonan, 28K tanda suka dan 600 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: