Cover image via
@ahdkk.eila (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai contoh, ragam ketika hendak tidur, menangis meminta susu dan banyak lagi kerenah yang terpaksa dihadap oleh pasangan ibu bapa. Tambahan lagi, jika bayi itu merupakan anak pertama pasti lagi berhati-hati dan teliti kerana pasangan baru hendak belajar.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok tentang pasangan ibu bapa yang memasang buaian dala kereta ketika balik kampung telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di dalam kereta untuk menuju balik ke kampung.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bayinya dilihat nyenyak tidur di buaian yang dipasang oleh ibunya. Buaian tersebut dipasangkan di belakang kereta iaitu antara roof handle kanan dan kiri.
Perkara itu telah mengundang perhatian ramai kerana kekreatifan pasangan itu. Malah, ramai juga yang boleh relate kerana anak mereka memang tidak dapat dipisahkan dengan buaian.
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut boleh relate dengan situasi itu. Malah, ramai yang bekongsi pengalaman masing-masing. Pun begitu, ada juga yang menganggap perkara itu membahayakan dan sebaiknya bayinya diletakkan di atas car seat.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 364K tontonan, 19K tanda suka dan 771 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: