Cover image via
@_virgo52 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kononnya, belajar tinggi dan gaji besar itulah yang menjadi tunggak utama sesebuah hubungan untuk bertahan lama dan menjaminkan masa depan yang cerah.
Bukan itu saja, kadangkala walaupun kita bekerja di kedai runcit saja, sudah pasti bakal mentua akan memandang rendah kerana ingin mencari pasangan yang setaraf dengan anak mereka.
Begitulah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seorang gadis ini apabila hubungannya tidak direstui bakal mentua hanya kerana dia bekerja sebagai penjual sayur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_virgo52 dengan kapsyen “maaf ya bu, saya bukan calon menantu idaman yang berseragam”, kelihatan gadis itu berkongsi perbualan antara dia dan ibu kekasihnya.
Ibu kekasihnya itu bertanya apa pekerjaan gadis tersebut. Namun, sebaik saja dia berkata dia bekerja sebagai penjual sayur, bakal mentuanya itu memberi amaran untuk tidak mengganggu dan berkawan dengan anaknya lagi.
Alasannya adalah kerana dia inginkan anaknya mendapat bakal isteri yang bekerja di kerajaan. Akibat kecewa, gadis itu mendedahkan gaji bulanannya mencecah RM6,000.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 440.7K views, 21.1K likes dan 547 shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut mengagumi gadis itu yang pasrah mendengar kata ibu kekasihnya itu dan tidak malu dengan pekerjaannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: