Cover image via
@shahpik4999 (TikTok)
Menonton video lawak di laman sosial pada waktu malam memang seronok dan boleh menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja.
Tetapi ada juga had waktunya, janganlah terlalu leka menonton video di telefon sehingga lewat malam. Ia tidak baik untuk badan dan juga mata lebih-lebih lagi jika melihat skrin telefon dalam keadaan yang gelap.
Lain pula pengalaman yang dilalui seorang lelaki ini apabila videonya ketika sedang asyik melayan TikTok dan ‘diganggu’ suara halus menjadi perhatian ramai.
Lihat video tersebut di bawah:
Menerusi video itu, kelihatan lelaki tersebut sedang seronok melayan video di TikTok pada pukul 3 pagi dan tergelak terbahak-bahak apabila muncul babak kelakar di skrin telefonnya.
Namun sebaik saja dia gelak tawanya habis, kedengaran suara lain yang seakan-akan meniru gelaknya. Suara tersebut seperti suara seorang perempuan yang agak garau.
Terkejut dengan suara itu, lelaki tersebut pantas membaca Bismillahirahmanirrahim dan memberi salam. Tiba-tiba suara tersebut menyahut salamnya dengan nada yang menyeramkan.
Dia kemudiannya spontan berkata “oh hell no” dan cepat-cepat menutup telefonnya sebelum video berkenaan berakhir.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3 juta tontonan, 123.6K tanda suka dan 3,140 perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi spontan lelaki tersebut yang takut selepas mendengar suara seram berkenaan. Ada juga turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah diganggu seperti itu.
Antara komen menarik daripada netizen di TikTok: