Cover image via
Suhaila Sujak (Facebook)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lebih-lebih lagi jika menyewa rumah orang lain, sudah tentu menjaga barangan tuan rumah dan kebersihan di sekelilingnya perlu dititikberatkan.
Sudah banyak cerita yang kita dengar tentang penyewa tidak bertanggungjawab seperti membiarkan rumah bersepah, tidak membayar sewa bulanan, bil api, air dan sebagainya.
Tidak terkecuali dengan sebuah posting di Facebook baru-baru ini apabila tular keadaan rumah seorang wanita yang tidak terjaga serta bersepah gara-gara mendapat penyewa tidak semenggah.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Suhaila Sujak di laman Facebooknya, kelihatan dia meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila melihat keadaan rumahnya yang bersepah ibarat tongkang pecah.
Apa yang mengejutkan adalah penyewa rumahnya itu hanyalah dua orang perempuan. Tetapi jika dilihat keadaan rumah itu, ia seperti dihuni ramai orang bukan?
Lebih menyedihkan adalah apabila tuan rumah sudah menyediakan kemudahan seperti peti ais, mesin basuh baju dan seterika untuk digunakan oleh penyewa.
Namun, selepas diberikan peluang kedua dan sebaik saja hampir 10 bulan, rumahnya tetap dibiarkan bersepah begitu saja.
Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 2.2K likes dan 6.1K shares di Facebook.
Rata-rata warganet turut meluahkan rasa jijik mereka selepas melihat keadaan rumah itu. Malah, ramai yang berpendapat selalunya perempuan yang gemar bersolek dan berhias cantik-cantiklah golongan yang tidak pandai menjaga rumah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: