HomeEntertainment"Cameraman Tersakiti" - Pengantin Seronok Bergurau Dengan Suami, Photographer Suruh Sabar

“Cameraman Tersakiti” – Pengantin Seronok Bergurau Dengan Suami, Photographer Suruh Sabar

Cover image via
@mastura.mas (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mana tidaknya, sudahlah kena membuat pelbagai aksi sweet bersama pasangan. Disakat pula dengan ahli keluarga yang lain, lagilah segan dibuatnya!

Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila gelagat seorang pengantin perempuan dikatakan ‘gelojoh’ semasa bergambar dengan suaminya di atas pelamin mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi perkongsian video oleh @mastura.mas, kelihatan pengantin perempuan itu dirakam secara tidak sengaja semasa dia menarik tangan suami ke dagunya.

Aksi spontannya itu telah menarik perhatian ramai kerana dia dikatakan seolah-olah ‘gelojoh’.

Lebih melucukan lagi adalah apabila jurugambar yang bertugas untuk mengambil gambar mereka turut menegurnya secara berseloroh dengan mengatakan “sabar dik, alamak…” dan membuatkan pengantin itu ketawa malu.

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.5M views, 169.2K likes dan 2.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News