HomeEntertainment Suruh Editkan Gambar Kahwin, Pengantin Ini Terhibur Tengok Hasil Kreatif Netizen

[VIDEO] Suruh Editkan Gambar Kahwin, Pengantin Ini Terhibur Tengok Hasil Kreatif Netizen

Cover image via
Rosliza Rafael (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang sanggup berhabis banyak duit semata mahukan gambar dan video mereka kelihatan cantik seperti yang dimahukan. Tetapi, ada juga yang sekadar ala kadar saja asalkan mempunyai kenangan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat netizen apabila disuruh edit gambar kahwinya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita meminta ahli group di Facebook Edit Apa Hari Ni? untuk menyunting gambar nikahnya.

Dia kemudian berkongsi antara hasil yang ditunjukkan netizen di situ. Apa yang lebih menghiburkan adalah kebanyakan gambar yang disunting semuanya lucu sehingga keluar pelbagai idea mereka.

Lihat antara gambar itu di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat hasil suntingan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 515.5K views, 65.7K likes dan 1,847 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News