HomeEntertainment"Kalah Perempuan" - Pemuda Undang Tawa First Time Masuk Universiti, Penuh Baju...

“Kalah Perempuan” – Pemuda Undang Tawa First Time Masuk Universiti, Penuh Baju Satu Beg

Cover image via
@m.hasebi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berbanding pelajar lelaki yang hanya membawa apa ada saja asalkan cukup pakaian harian.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda ini apabila rakamannya mengemas beg untuk masuk ke asrama buat pertama kali telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@m.hasebi

mak aku tak rilek sabarlah jap

original sound – sebi – sebi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @m.hasebi, kelihatan dia sedang mengemas baju-bajunya untuk dibawa ke hostel.

Apa yang menghiburkan adalah dia dilihat seolah-olah ingin membawa kesemua pakaiannya kerana bingung akan kuantiti yang sepatutnya dibawa.

Rupa-rupanya, itu merupakan kali pertama pemuda tersebut masuk ke hostel untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, dia juga dilihat mengeluarkan kembali beberapa helai bajunya untuk memilih semula mana yang patut diletakkan ke dalam bagasi.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 548.9K tontonan, 64.1K tanda suka serta 1.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu yang kelam-kabut mengemas beg asramanya.

Malah, ramai yang berkata lama-kelamaan dia akan menyesal bawa banyak baju sebab akhirnya akan pakai baju yang sama saja berulang kali.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News