HomeEntertainment Fosil & Tengkorak Manusia Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Bukit Keteri,...

[GEMPAR] Fosil & Tengkorak Manusia Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Bukit Keteri, Perlis

Cover image via
@JapenPerlis (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fosil tulang dan tengkorak manusia yang ditemui kira-kira berusia sekitar 5,000 tahun hingga 10,000 tahun.

Bukan setakat itu, hasil penjelajahan Jabatan Warisan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis turut menemui lukisan pada dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Penemuan itu telah membuktikan negeri Perlis pernah menjadi kawasan penempatan masyarakat prasejarah sejak ribuan tahun dahulu.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Menerusi hasil eksplorasi Jabatan Penerangan Negeri Perlis, terdapat beberapa lukisan yang dijumpai pada dinding gua. Antaranya termasuklah lukisan berbentuk binatang seperti lembu, gajah, ular, mawas serta manusia.

Menurut sumber, Mohd Azmi Mohd Yusof, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN) berkata bahawa penemuan itu penemuan sejarah yang terbaru. Penemuan dari negeri Perlis merupakan penemuan yang baik untuk merangka kronologi sejarah.

“Kita percaya ia mempunyai pengaruh Hindu-Buddha yang dianggarkan sekitar abad kelima hingga ke-10 Masihi.”

“Berdasarkan kajian lalu yang dibuat di kawasan gua di Bukit Chuping, Bukit Tunku Lembu. Bukit Ngulang, Bukit Kerengga dan Bukit Changkul membuktikan bahawa tempat berkenaan digunakan sebagai tapak penempatan dan pengkebumian masyarakat paleolitik dan neolitik berdasarkan penemuan artifak pelbagai jenis alat batu dan tembikar tanah”

“Kita percaya kawasan ini bukan sahaja didiami oleh masyarakat prasejarah, malah pernah dihuni oleh masyarakat zaman proto sejarah berdasarkan artifak seperti kalam semah (votive tablet) yang turut ditemui di kawasan itu,” katanya.

You may be interested in:

Must Read

Related News