Cover image via
@bidan_novel (Instagram)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun rasa takut dan gementar semasa hendak melahirkan bayi, tetapi perkara itu perlu diharungi dengan pelbagai teknik. Sebagai contoh, teknik hembusan nafas sangat penting untuk memudahkan semasa meneran.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram yang memaparkan seorang ibu bersungguh-sungguh untuk meneran tetapi suaminya pula telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di hospital untuk mengharungi detik cemas melahirkan bayi pertama mereka.
Bidan di hospital itu dilihat sangat tenang semasa menyuruh si ibu untuk menghembus nafas supaya senangkan proses meneran. Lebih menghiburkan lagi apabila suaminya dilihat ikut meniup-niup tanda menyokong isterinya.
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat si suami ikut meniup.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 97K tontonan, 6K tanda suka dan 218 komen di Instagram.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram: