HomeNEWSPolis tahan dalang utama kes bunuh pesara Mardi di Bangsar

Polis tahan dalang utama kes bunuh pesara Mardi di Bangsar

Bekas penyelidik Wan Hassan Wan Embong dibunuh dan isterinya cedera ditetak oleh perompak yang memecah masuk kediaman mereka di in Bangsar, Kuala Lumpur, Ahad lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga suspek termasuk dalang kes rompak-bunuh bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Wan Hassan Wan Embong, 71 di rumahnya di Bangsar, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed berkata tiga suspek berkenaan ditahan dalam serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan Semenyih, Selangor.

“Suspek ketiga yang kami percayai dalang jenayah berkenaan sudah mengaku bahawa beliau yang menikam mangsa,” kata Huzir.

Huzir berkata dua suspek lain yang di tahan di Setapak, mempunyai rekod jenayah.

“Kami masih menjejaki seorang lagi suspek yang dikenali Sugu Thangarajoo, yang memberi perlindungan kepada dalang berkenaan di Semenyih,” kata Huzir.

Menurut beliau, ketiga-tiga suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata dengan penangkapan terbaru itu, polis percaya kes pembunuhan Wan Hassan dan beberapa rompakan sekitar Setapak telah diselesaikan.

Semalam polis mengumumkan menahan 10 suspek lelaki berusia antara 20 dan 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembnuhan Wan Hassan.

Dalam kejadiah subuh itu, sekurang-kurangnya dua perompak bersenjatakan parang dipercayai memecah masuk kediaman mangsa ketika kawasan perumahan berkenaan terputus bekalan elektrik.

Wan Hassan, 71, maut dalam pergelutan dengan penjenayah berkenaan manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera ditetak di tangan kanan.

Must Read

Related News