Cover image via
Twitter @cringemalaysian
Tidak pun mesti pernah dengar orang kata, jangan bercakap untuk membeli telefon bimbit baru depan telefon bimbit yang sedang diguna pakai sekarang kalau tak nak ianya buat perangai.
Sama juga dengan kes kereta. Jangan cakap nak menjual kereta di dalam kereta yang hendak dijual, takut nanti kereta itu merajuk.
Tapi sebenarnya betul ke pesanan itu?
Rasa macam tak nak percaya tapi mesti anda juga pernah alami situasi di mana tengah enak bercakap atau merancang untuk menjual kereta, tiba-tiba kereta mula meragam.
Sama ada kereta rosak pada mana-mana bahagian ataupun tak pasal-pasal terus terlibat dalam kemalangan.
Topik perbincangan ini sebenarnya telah dimulakan oleh akaun Twitter @cringemalaysian yang bercakap tentang bagaimana telefon bimbit tiba-tiba jatuh, gara-gara tuan kepada phone itu bercadang untuk menukarnya.
Susulan daripada itu, ternyata rata-rata pengguna internet mula berkongsikan kisah dan pengalaman masing-masing di mana barangan mereka mula ‘buat perangai’ ekoran tersalah cakap. Turut ada netizen yang siap bagi nasihat lagi!
Rupa-rupanya bukan kereta atau telefon bimbit sahaja yang merajuk, tapi barangan lain seperti cermin dan TV pun ada hati serta perasaan juga.