HomeEntertainment"Kurus Sangat Ni" - Melayang Kena Tiup Angin, Gadis Tak Tentu Arah...

“Kurus Sangat Ni” – Melayang Kena Tiup Angin, Gadis Tak Tentu Arah Kena Gelak Dengan Kawan

Cover image via
@leddafieka (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan saja dapat memakai baju yang cantik-cantik, malah ia juga tidak membebankan kita dengan isu berat badan.

Namun, sebenarnya orang kurus juga mempunyai masalah lain kerana terlalu ringan dan mudah hilang keseimbangan badan apabila ditiup angin.

Sama seperti sebauh video viral ini apabila seorang gadis diketawakan oleh kawan-kawannya kerana ‘melayang’ ditiup angin mencuri perhatian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@leddafieka

Reply to @sleepytinkerbell berat 36 melayang la angin kuat sangat

original sound – Fiekachu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @leddafieka dengan kapsyen “berat 36 melayang la angin kuat sangat”, kelihatan sekumpulan gadis sedang berkelah di pantai beramai-ramai.

Namun akibat angin yang terlalu kencang, ia menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat tidak dapat mengimbangkan badan kerana terlalu kurus.

Rakaman itu juga menunjukkan dia melayang-layang dan berpusing gara-gara ditiup angin kuat di situ. Manakala yang lain pula tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mentertawakannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 400.6K tontonan, 41K tanda suka dan 869 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gadis itu yang terbang ditiup angin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News