HomeEntertainmentJom Menabung Dengan Simpan SSPN & Menangi Hadiah Hebat Serta Menarik Sempena...

Jom Menabung Dengan Simpan SSPN & Menangi Hadiah Hebat Serta Menarik Sempena BMS 2021

Cover image via
PTPTN

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Artikel ini ditaja oleh PTPTN.

Jangan risau! Bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021 ini, PTPTN memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjadi superhero anak-anak anda dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021. Ia berlangsung serta diselaraskan mengikut norma baharu.

Program Bulan Menabung Simpan SSPN 2021 ini diadakan secara tahunan semenjak tahun 2018 sebagai salah satu program promosi dalam usaha menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama masyarakat untuk membuat penabungan di samping memberi pendedahan dan memupuk amalan menabung di kalangan anak-anak.

Simpanan dijamin oleh Kerajaan dan skim simpanan patuh syariah;Kadar dividen yang diberikan adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain;Skim ini merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun;Melalui Simpan SSPN Prime, perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas;Bagi pendeposit Simpan SSPN Plus, dengan simpanan serendah RM30 sebulan, boleh mendapat manfaat perlindungan takaful sehingga RM60,000 selain khairat kematian dan manfaat bagi 45 penyakit kritikal serta elaun harian hospital;Keistimewaan tambahan bagi pendeposit Simpan SSPN Plus adalah tiga (3) pilihan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Bhd (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Bhd (TIFB);Layak memohon pinjaman pendidikan.

*Tertakluk terma dan syarat

BMS 2021 merupakan program signature PTPTN di mana ia menjadi program khusus yang diadakan oleh PTPTN sempena menyambut Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Paling best, ada pelbagai aktiviti dan program menarik yang anda boleh sertai. Nak tau apa, jom tengok!

Dengan Bertemakan Galaksi, BMS 2021 kali ini membawa kelainan dengan adanya pelbagai program dan aktiviti untuk anda join.

Program ini akan berlangsung secara live dengan penampilan istimewa artis, panel jemputan dan influencer yang dibawakan khas untuk memeriahkan lagi BMS 2021 yang turut berkongsi maklumat perancangan kewangan melalui penabungan.

Paling best, kalau anda buka akaun Simpan SSPN ini, anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan sepanjang BMS 2021 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang lumayan. Antara pertandingan yang anda dan anak-anak boleh sertai adalah:

Pertandingan Fotografi Simpan SSPN adalah merupakan pertandingan yang disertai anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa/ penjaga mengambil gambar anak-anak mengikut kreativiti.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i. Kategori 1: Peserta berumur 6-8 tahun

ii. Kategori 2: Peserta berumur 9 -12 tahun

Pertandingan Cabaran #SuperheroSiManja adalah merupakan pertandingan yang mengajak ibu bapa untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan tips bagaimana menjadi superhero kepada anak-anak.Peserta perlu memuat naik gambar atau video (maksimum 1 minit) di ruangan komen posting peraduan beserta hashtag #BulanMenabungSimpanSSPN2021 dan #SuperheroSiManja.
Peraduan Slogan Kreatif BMS 2021 merupakan peraduan yang memerlukan peserta untuk mencipta slogan kreatif berkaitan Bulan Menabung 2021 pada ruangan komen siaran FB Live Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021.
Quizizz adalah merupakan kuiz berbentuk e-game yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia bagi menguji pengetahuan am dan minda peserta. Aktiviti ini juga menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk peserta yang mengambil bahagian sepanjang tempoh Quizizz dijalankan.
Pertandingan Chef Junior Simpan SSPN merupakan pertandingan yang disertai oleh kanak-kanak dengan pengawasan dan pemantauan ibu bapa/ penjaga. Peserta dikehendaki untuk merakam aktiviti dan video memasak yang kreatif.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i. Kategori 1: Peserta berumur 8 -12 tahun

ii. Kategori 2: Peserta berumur 13 -15 tahun

Colouring Contest Simpan SSPN diadakan bagi kanak-kanak di peringkat tadika dan sekolah rendah bagi memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang perlu dimuat turun dan menghantar hasil lukisan tersebut untuk dinilai.Pertandingan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori:

i. Kategori 1: Peserta berumur 5-7 tahun

ii. Kategori 2: Peserta berumur 8 -10 tahun

iii. Kategori 3: Peserta berumur 11 -12 tahun

Pertandingan Snap & Win Simpan SSPN adalah merupakan pertandingan yang disertai anak-anak yang didaftarkan oleh ibu bapa/ penjaga. Ibu bapa/ penjaga perlu mengambil gambar atau video anak-anak maksimum tujuh (7) keping.Pertandingan ini hanya mempunyai satu (1) kategori sahaja iaitu pendeposit yang mempunyai anak berumur dari 1 tahun sehingga 7 tahun.
Pertandingan Simpan SSPN Got Talent adalah merupakan pertandingan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak dengan pengawasan dan pemantauan ibu bapa/ penjaga.Peserta perlu merakam aktiviti dan menghasilkan video yang kreatif dan menarik samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berdurasi maksimum tiga (3) minit sahaja;Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori:

i. Kategori 1 : Peserta berumur 6 – 8 tahun

ii. Kategori 2 : Peserta berumur 9 – 12 tahun

Macam mana? Memang banyak betul aktiviti dan hadiah menarik menanti anda dan anak-anak kan? Jadi, tunggu apa lagi tu? Jom la ramai-ramai sertai program dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh BMS 2021 ini.

Must Read

Related News