Cover image via
@azniamira00 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik
Selain daripada rakan, adik-beradik juga boleh dianggap seperti teman baik kerana kita berkongsi segala masalah dengan mereka termasuklah bab percintaan.
Tambahan lagi jika anda adalah anak bongsu, pasti sedikit sebanyak dengan siapa yang anda sedang berkenalan akan diperhatikan oleh si kakak dan abang.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi situasi semasa dia menghantarnya adiknya keluar dating mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di salah sebuah stesen minyak bersama dengan seorang gadis yang merupakan adiknya.
Difahamkan dia berada di situ untuk menghantar adiknya yang mahu keluar dating sebelum dijemput oleh lelaki itu.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah sebaik saja lelaki itu sampai, gaya si kakak pula mencuri tumpuan kerana menghantar adiknya sehingga di pintu kereta sambil melihat siapakah gerangan lelaki berkenaan. Malah, dia juga siap mendukung anaknya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gaya kakaknya itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 410.9K views, 33.4K likes dan 586 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: