
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan peruntukan untuk Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa melalui undi suara.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalima Othaman Said dan Rashid Hasnon memutuskan pengundian dijalankan selepas sesi penggulungan Timbalan Menteri Luar, Kamaruddin Jaafar dan Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamad Sadique.
RUU itu diluluskan selepas lebih suara bersetuju tanpa melalui proses undian belah bahagi.
Kementerian Luar Negeri diperuntukkan RM777.9 juta dalam Belanjawan 2021, iaitu RM703.1 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM74.78 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Kementerian Perpaduan Negara pula menerima peruntukan RM423.2 juta iaitu RM320.3 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM102.9 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Semalam peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan lulus dengan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Setakat ini, peruntukan bagi 4 kementerian sudah diluluskan.