Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan
Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya, penyakit, keluarga dan yang sering terjadi ialah curang.
Tidak kira sesiapa, kes curang boleh melibatkan semua orang termasuklah pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin dan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila isterinya dikatakan curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain yang juga berstatus suami orang.
Perkara itu terbongkar selepas lelaki tersebut berpatah balik ke rumahnya di Kampung Tun Razan, Melaka kerana tertinggal barang sebelum ternampak isterinya membawa lelaki lain masuk ke kediaman mereka.
Berikut di bawah adalah video yang tular dimuat naik di media sosial mengenai kejadian itu:
lagu ni memang sesuai kisah curang pasangan… Neraka tempatnya dosa besar
Berpaling Kasih Ewan J – Deejay Fazz
Si suami kelihatan menahan kemarahan dan tidak berhenti mengucap ‘Allahu Akbar’ setelah kecewa melihat kejadian itu
Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah ketika berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.
“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ya tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3, 4 pagi baru saya tidur,” luahnya dipercayai kepada seorang lagi individu lain.
Kejadian berkenaan mendapat pelbagai reaksi orang ramai, rata-rata mengutuk kejadian tersebut dan menjelaskan agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
Image via @deejayfaz_official3 (TikTok)
Image via @deejayfaz_official3 (TikTok)
Dalam pada itu, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan menahan sepasang kekasih masing-masing sudah berumah tangga kerana dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah di Kampung Tun Razak pada bulan lalu
Memetik laporan daripada Kosmo!, pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pasangan berusia 33 dan 35 tahun itu telah dicekup oleh imam masjid kampung tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam pada pukul 3.30 petang, 25 Ogos lalu.
Menurut beliau, tangkapan ke atas pasangan kekasih tersebut dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana kesalahan bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak.
Image via Utusan Malaysia
Beliau memberitahu, pihaknya telah merakam keterangan pasangan tersebut dan kertas siasatan kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk penilaian.
Sabit kesalahan, pasangan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara maksimum 24 bulan atau kedua-duanya sekali.
“Pihak JAIM mengalu-alukan orang awam untuk membuat laporan terus kepada kami berhubung sebarang kejadian maksiat atau khalwat di talian 017-2621280 supaya tindakan segera dapat diambil.
“Sebaik-baiknya jangan menularkan kejadian itu jika perkara berkenaan dalam pengetahuan kami,” kata beliau.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik