Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setuju atau tidak, orang perempuan dan shopping sememangnya tidak dapat dipisahkan
Tidak kiralah di tempat mahal atau murah, jika dibiarkan memang susah untuk dikawal sifat kaki shopping ini.
Tambahan pula jika si suami terpaksa menunggu berjam-jam lamanya akibat termakan dengan kata-kata isteri kononnya ingin singgah membeli-belah sekejap saja.
Situasi itu turut berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia diminta menjaga anaknya di dalam kereta sementara isterinya pergi membeli pampers menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berpeluh tunggu. ##fyp ##fypviral ##foryourpage ##fyp ##ZerolutionForEveryone ##AR_mygaming ##tiktokmalaysia ##jangansampaileka ##esekeli
Terlelap tunggu satu jam dalam kereta jaga anak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ar_mygaming, kelihatan lelaki itu sedang menjaga anaknya di dalam kereta sementara menunggu si isteri membeli pampers bayi mereka.
Apa yang menghiburkan adalah lelaki itu sempat berkata “walaupun dia kata nak beli pampers sekejap je, kau jangan percaya. Sejam aku tunggu geng”.
Dia juga dilihat sampai terlelap kerana menunggu isterinya selesai membeli barangan anak mereka. Perkara itu membuatkan ramai boleh relate dengan perangai sama isteri mereka.
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
“Chill je, kekadang perempuan ni nak terapi mata. Lagi-lagi kedai yang ada segala saka mak nenek, memang berhantu betul. Sabar itu indah haha” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 79.1K tontonan, 5.8K tanda suka serta 120 perkongsian di laman TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Image via @ar_mygaming (TikTok)
Kelakar tengok suami dia over betul sampai terlelap, nasib baik sabar jaga anak ya bang 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik