Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kehidupan bersuami isteri pasti ada pasang surutnya, kadangkala guruan itu juga perlu bagi mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri
Lebih bagus kalau kita dapat elakkan daripada sering bergaduh kerana ia sebenarnya tidak baik untuk hubungan anda. Apa kata sekali sekala luangkan waktu bersama tanpa anak-anak, pasti seronok.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki kantoi menghisap rokok elektonik atau vape di depan isterinya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@para_langgarmy jangan berani cuba3 ye.. hahaha
Isteri bengang tengok suami selamba vape depannya
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi lucu ketika dia dan rakannya sedang menghisap vape di kawasan rumah rakannya.
Namun, tidak lama selepas itu muncul isteri rakannya itu yang menyedari perbuatan suaminya yang menghisap vape.
Situasi itu membuatkan si isteri marah dengan perbuatan itu dan menyuruh agar suaminya memulangkan kembali vape itu kepada rakannya.
Malah, apa yang lebih melucukan adalah isterinya siap memegang gunting dan menarik telinga suaminya kerana merasa geram melihatnya.
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
“Kita bukan takut bini, tapi bini yang menakutkan” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat pasangan itu. Malah, ada juga yang berkongsi pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 911.1K views, 78.6K likes dan 2,081 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Image via @enbardazizi (TikTok)
Tak pasal-pasal kena tarik telinga dengan bini ya 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik