Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Outdoor photoshoot sememangnya menjadi kebiasaan untuk pasangan pengantin yang baru bernikah
Gambar-gambar itu mempunyai seribu makna yang perlu dikenang sampai bila-bila. Ramai yang mempunyai tema sendiri untuk melakukan outdoor photoshoot. Antaranya tema nature, berseragam dan macam-macam lagi.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin melalukan penggambaran mereka di air terjun mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
i baru tahu askar rupanya kuat orgnya @paihhtupak #armywife #cintahalaltilljannah #warkahcintakasihtentera
bunyi asal – Helmy_Zizan – Helmy_Zizan
Abang askar sanggup dukung isteri panjat gunung
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin itu sedang mencari tempat yang sesuai untuk penggambaran pernikahan mereka di kawasan air terjun.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dilihat mendukung isterinya untuk memanjat gunung dan melalui jalan berbatu kerana isterinya itu memakai gaun.
Isterinya itu dilihat sangat tenang dan gembira. Namun begitu, rakannya itu dilihat struggle untuk menaiki gunung.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
OFF The Market #warkahcintakasihtentera #cintahalaltilljannah #armywife #army
original sound – apexxyankieee – apexxyankieee
“Ada abang askar single lagi tak? Aku nak suruh dia angkat aku dari bawah sampai puncak kita hiking bersama” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang memuji abang askar tersebut. Tambahan lagi, ada juga yang dilihat menyakat pasangan pengantin itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 521K tontonan, 41K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @suriaaaa._ (TikTok)
Image via @suriaaaa._ (TikTok)
Image via @suriaaaa._ (TikTok)
Image via @suriaaaa._ (TikTok)
Haa, lepas ni ramai pula yang nak cari suami askar! 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik