Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda ingin melangsungkan pertunangan, kebiasaannya ibulah yang akan menjadi wakil untuk menyarungkan cincin betul tak?
Walaupun dengan keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara dan menyebabkan ia tidak semeriah dulu, tidak bermaksud majlis itu tidak boleh dilakukan.
Ia haruslah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dengan bilangan ahli keluarga yang sedikit.
Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai video seorang kanak-kanak perempuan menjadi wakil menyarungkan cincin kepada bakal isteri abangnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Wakilkan arwah ibu untuk sarungkan cincin
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya majlis pertunangan di sebuah rumah dengan keadaan yang sederhana.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat menyarungkan cincin untuk bakal kakak iparnya itu.
Difahamkan kanak-kanak itu seperti mewakilkan arwah ibunya yang sepatutnya menyarungkan cincin. Situasi itu membuatkan kanak-kanak berkenaan malu kerana diperhatikan ramai.
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
“Sweetest thing i have seen today” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih mereka melihatnya. Malah, ramai yang tidak menyangka dengan situasi tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 814K views, 63.1K likes dan 1,367 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Image via @mr.muhd (TikTok)
Comel je, mesti ia akan jadi kenangan yang tidak boleh dilupakan 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik