Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Semua orang yang hidup di dunia ini pasti akan meninggalkan kita suatu hari nanti
Ajal dan maut telah ditentukan oleh Tuhan. Kita tidak dapat selamanya hidup dengan orang yang tersayang. Oleh sebab itu, hargailah orang tua kita selagi mereka masih bernyawa.
Namun, tular baru-baru ini video di TikTok apabila sang anak sanggup rosakkan dan bakar pusara ayah kerana harta telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
original sound – izuannuyasha – Wan_Mr.cloud
Datang untuk bakar pusara sang ayah kerana tidak puas hati berkenaan harta
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik yang bertugas sebagai penjaga kubur itu sedang menyiram api yang membara di batu nisan kubur itu.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mendapati seorang anak datang ke kawasan perkuburan dengan berniat membakar dan merosakkan pusara dan batu nisan ayahnya.
Pak cik berkenaan juga menyatakan perkara tersebut telah terjadi berkali-kali. Ada juga yang sanggup memecahkan batu nisan ibu bapa mereka kerana merasa tidak adil dalam pembahagian warisan dan harta.
Image via @khnervn (TikTok)
“Nauzubillah, sampai hati anak-anak buat macam tu” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kecewa dan sedih melihat video berkenaan. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai kejadian itu. Namun begitu, ada juga yang tidak percaya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 447K tontonan, 23K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @khnervn (TikTok)
Image via @khnervn (TikTok)
Image via @khnervn (TikTok)
Image via @khnervn (TikTok)
Image via @khnervn (TikTok)
Astaghfirullah, minta dijauhkan daripada perkara-perkara sedemikian 🙁
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik