HomeUncategorizedMisteri 'Kerusi Bergerak Sendiri' Terungkai, Ini Jawapan YB Kangar Mengenai Video Tular

Misteri ‘Kerusi Bergerak Sendiri’ Terungkai, Ini Jawapan YB Kangar Mengenai Video Tular

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular baru-baru ini, satu video di media sosial yang dimuat naik sendiri oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh di laman Twitter rasminya

Menerusi video itu jelas kelihatan terdapat kerusi di belakangnya ‘bergerak secara sendiri’ ketika beliau menuntut penjelasan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan isu rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan Taman Rimba Kiara di Parlimen.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai sehinggakan menjadi bualan netizen di media sosial serta dijadikan video parodi seram.

Malah, ada juga berseloroh mengatakan kemungkinan besar terdapat ‘hantu’ yang tinggal di bangunan Parlimen kerana setelah kian lama ‘ditinggalkan’ dan tidak dibuka.

Tonton video berkenaan yang tular di laman Twitter di bawah:

Kerusi belakang pusing sendiri pic.twitter.com/Fsv74ggYyG

— Raaj (@mraaj89) September 22, 2021

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad tampil memberi penjelasan sebenar mengenai video yang tular

Walau bagaimanapun, Noor Amin memberitahu di laman Twitter rasminya, “Boleh tahan tular juga isu ‘hantu’ di Parlimen ya?” Sebenarnya ketika Hannah Yeoh sedang berucap beliau geram melihat kerusi yang tidak tersusun kemas.

“Jadi saya betulkan dari tepi sebelah bawah, tak jauh dan tak perlu terlalu menjulur tangan pun. Geram sebab kerusi Sibu pun macam tu tapi jauh!” ujarnya.

Boleh tahan tular juga isu ‘hantu’ di Parlimen ya? Sebenarnya masa YB @hannahyeoh sdg berucap saya geram tgk kerusi tak tersusun kemas. Jadi saya betulkan dari tepi sebelah bawah – tak jauh dan tak perlu terlalu menjulur tangan pun. Geram sebab kerusi Sibu pun macam tu tapi jauh!

— Amin Ahmad (@NoorAminAhmad) September 23, 2021

Dalam pada itu, Hannah Yeoh turut berasa hairan dengan kebanyakan rakyat Malaysia yang lebih sukakan cerita hantu berbanding isu yang beliau bangkitkan.

Hal ini kerana ia ditenggelami dek ‘kerusi bergerak’ yang sebenarnya digerakkan oleh YB Kangar.

Malah, beliau juga menitipkan pesanan kepada netizen untuk cuba fokus isu yang beliau bawa dan menghiraukan muzik seram yang tak tahu diedit oleh siapa.

Kenapa kebanyakan rakyat Malaysia suka cerita hantu?? Isu yang saya bangkitkan ditenggelami kerusi bergerak. Cuba hiraukan muzik seram yang tak tahu diedit oleh siapa dan cuba fokus isu yang saya bawa pic.twitter.com/Ki8DLVZ5OS

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) September 24, 2021

Akhirnya terungkai juga misteri ‘kerusi bergerak sendiri’ ni ya, saspens satu Malaysia dibuatnya 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News