HomeUncategorizedPenangan 'Squid Game', Stesen Itaewon Bertukar Menjadi Taman Permainan Seperti Dalam Drama

Penangan ‘Squid Game’, Stesen Itaewon Bertukar Menjadi Taman Permainan Seperti Dalam Drama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Drama bersiri Korea iaitu Squid Game kini telah menjadi seperti satu fenomena dunia

Anda pasti ada mendengar drama ini di media sosial bukan? Kerana sekarang ramai orang yang berkongsi drama tersebut sehinggakan ada yang membuat parodi.

Drama bersiri ini menceritakan tentang peserta yang mengambil bahagian dalam permainan yang brutal untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Namun apa yang lebih menarik adalah pada hari tayangan drama ini, promosi secara besar-besaran telah dilakukan di stesen Itaewon, Korea dengan tempat itu diubah suai menjadi seperti dalam drama tersebut.



Lihat video penuh dari Twitter itu di bawah:

oh to experience this squid game promotion in itaewon pic.twitter.com/OVjrIZQ6se

— kdrama tweets (@iconickdramas) September 22, 2021

Stesen Itaewon promosi drama, terus bertukar jadi taman permainan

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan bandar Itaewon kini sedang memaparkan drama bersiri popular itu di billboard yang besar.

Bukan itu saja, ia juga menunjukkan stesen Itaewon turut berubah menjadi taman permainan seperti dalam drama berkenaan. 

Image via Netflix (Facebook)

Image via Netflix (Facebook)

Image via Netflix (Facebook)

Image via Netflix (Facebook)

Orang ramai yang lalu di kawasan itu akan dapat melihat sendiri konsep menarik ditunjukkan. Menurut sumber, para pengunjung boleh menikmati taman ini yang akan berlangsung sehingga 26 September di stesen Itaewon, Seoul.

Image via Tastes SEOUL Good (Facebook)

Image via Tastes SEOUL Good (Facebook)

Image via Tastes SEOUL Good (Facebook)

“Not jealous at all. That is so fun” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 712.3K views, 2,273 retweets dan 8,732 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

@kekenapaulin bagus bgt

— •ᴗ• (@HaniiNR) September 22, 2021

Not jealous at all. That is so fun.

— JJ (@dbblj) September 22, 2021

This is amazing! But after watching the drama, I’d probably be shaking in my sneakers

— Kae (@OKOKAE) September 23, 2021

I want to go!

— lomlkirsten (@kissoyyieee) September 23, 2021

UDAH GILA

— serta mulia. (@nypinaa) September 22, 2021

OH. MY. GOD. TAKE??? ME??? THERE??? @itsnzmn @versatile_koo ???!!#1($(

— eupho⁷ (@ygimins__) September 22, 2021

Cuba bayangkan kalau ada dekat Malaysia. Korang nak pergi tak? 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News